Tuesday 3 May 2011

IlmU veRSus HarTa



 Saidina Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah pernah menyatakan bahawa orang yang berilmu lebih baik   daripada orang yang berharta.

  Pada satu ketika 10 orang ulama Khawarij telah menguji pengetahuannya. Mereka masing-masing
mengemukakan pertanyaan yang serupa, dan diminta memberi jawapan yang berlainan tetapi mencukupi  ruang lingkup yang sama. Pertanyaan itu ialah:

          Manakah lebih baik, ilmu atau harta? Saidina Ali dengan cepat menjawab:

     Ilmu lebih baik dari harta sebab ilmu adalah pusaka para Nabi dan Rasul, sedangkan
     harta pusaka daripada Firaun, Qarun dan lain-lain.

     Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu dapat menjaga dan memelihara pemiliknya,
     sedangkan harta mesti dipelihara oleh pemiliknya sendiri.

     Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu membentuk banyak sahabat dan kawan
     sedangkan harta memperbanyakkan musuh dan lawan.

     Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu apabila dikeluarkan semakin bertambah
     sedangkan harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan dan akhirnya habis.

     Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang-orang yang berilmu selalu mendapat
     panggilan mulia dan hormat daripada masyarakat. Sedangkan orang yang berharta
     seringkali mendapat panggilan yang rendah.

     Ilmu lebih utama dari harta sebab ilmu tidak boleh dicuri daripada pemilik nya tetapi
     harta dapat dicuri, hilang dan sebagainya.

     Ilmu lebih baik dari harta kerana orang-orang yang berilmu pada hari qiamat akan
     mendapat pertolongan daripada ilmu yang dikembangkan, sedangkan orang yang
     berharta akan dihisab dan diminta bertanggungjawab terhadap pemakaian harta
     tersebut.

     Ilmu lebih baik dari harta kerana ilmu tidak boleh habis walaupun tidak ditambah,
     sedangkan harta lambat laun akan habis. 

No comments:

Post a Comment