Thursday 5 May 2011

hmm susahnya nak cakap pasal hati nie.. kekadang kita sendiri tak faham apa hati kita nak.. sebab tu kot orang cakap law nak tahu pasal seseorang tu tanya kat orang yang rapat ngan dia..tu pon law dia luahkan semua kat kawan dia la..law yang jenis pendam tu camne lak? xkan nak baca diari dia? hehehhe tak baik.. diari tu kan rahsia dia.. hormat la cket.. bg privacy.. dan ada juga luahkan pasal org lain kat org lain (bkn ngumpat ea).. padahal boleh luah sendiri kat org tu. direct je... kenapa kita susah nk luahkan perasaan kat orang yg kita sayang... ada dlm hati, dah susun ayat dah pon tapi x boleh keluar..simpan lama2 nnt jd ape.. mungkin malu atau tak yakin..atau paling tepat tak berani nk berdepan dengan side effectnye..ape riaksi dia, ape dia nk jawab, ape dia nak buat dan mcm2 la.. tapi tak semua benda kita boleh luahkan..mungkin kita akan berasa lega tapi org yg mendengar tu, mungkin dia yang akan kecewa..bkn senang nak cari orang yang boleh dengar luahan hati kita..takut dia salah tafsir lak..dalam hidup ni tak semua yang kita nak kita dapat..


mana yang kita kena penting kan..kehendak hati kita atau kehendak org lain yg  hendak kan "sesuatu itu " untuk kebaikan kita..mungkin kita kena korban kan hati..tapi sakit kan. tinggalkan sesuatu yang kita dah sayang.. tinggalkan dia pon kerana kelemahan diri kita sendiri.. tapi xsalahkan orang lain jgk.. kita tak boleh paksa orang lain untuk suka kat kita..kan seronok law apa yang kita buat semua orang suka dan boleh terima ..mungkin tak lama tapi kenangan tu tetap ada.. siapa yang nak bercinta tapi tak kekal lama.. kita selalu berdoa supaya allah memberikan sesuatu yang terbaik untuk kita walaupun itu bukan yang terbaik didunia.. kalau sekiranya kita mendapat sesuatu yang tak kita suka mungkin itu sebenarnya yg terbaik untuk kita..mcm contoh dah berusaha bersungguh2 study. exam jawab betul2, buat ulang kaji, membaca dan menghafal tapi still  tak mencapai pointer yang diingini jugak.. kita nak yang terbaik tp allah bagi sesuatu yang tak kita harapkan.. mungkin ini yang terbaik.. mungkin ada hikmah nya.. xbaik keputusan mungkin baik kesannya.. seperti disebabkan tak mencapai pointer yang diingini tu kita lagi berusaha nak belajar, atau belajar untuk redha.. tu law bab berkaitan pelajaran la..hal lain pon sama jgk..mungkin bukan sesuatu yang kita nak tapi ada hikmahnya..kekadang tak dapat tu bukan bermaksud doa kita tak dimakbulkan..memetik jawapan dari seseorang teman ku..katanya "ALLAH menjawab doa kita dalam 3 cara..pertama ALLAH perkenankan apa yang kita nak dan kita dapat apa yang kita minta..kedua ALLAH tak perkenankan apa yang kita minta tapi sebaliknya ALLAH bagi yang lebih baik dan ketiga ALLAH tak perkenankan doa kita dalam jangka masa terdekat sebaliknya ALLAH minta kita bersabar kerana ALLAH lebih mengetahui masa bila yang paling sesuai untuk memperkenankan doa kita...











No comments:

Post a Comment