Sunday, 12 June 2011

                  lagi 7 hari je lagi nak balik kolej.. n lagi 8 hari je lg nk amek result.. risaunye..ada yang dah amek result tapi x th la mcm mane.. sem nie aq x berharap sgt.. takut kecewa.. masa sem satu x de pengalaman lagi.. mase nk mek result 2 dengar kata member ramai dapat 3 pointer smething.. aq dah risau da.. takut aq mse nak mek result 2.. nak tengok pointer kat ne pon tak tahu.. hahaha.. seb bek prg ngan kawan.. dah tengok result aq dah lega cket.. xde la bagus sgt tp ok la dah first time..br sem satu.. masa sem 2 aq kecewa giler.. subjek banyak sal syariah je..  sem 2 la aq paling rajin wat nota.. awl2 lg dah stdy.. sbb aq target nak dapat dekan.. tapi x de rezeki gak.. masa amek result 2 aq g sorang2.. lecture 2 tgk pointer aq dia senyum je n kata ok.. aq dapat je result trus tgk pointer.. ok la pointer banyak naik tapi x dekan..sedih giler aq masa 2.. aq g kat ds1 jumpa ngan housemate. dah x tertahan sgt hati aq masa 2.. trus aq menangis kat belakang klaz.. call ibu ngan ayah tok bgth result. puas dorg pujuk aq jangan sedih.. mmg aq hampa giler mungkin sebab terlalu berharap kot.. masuk sem 3 aq x target pon.. bljr pon byk main2 je..xsimen wat last minit, ulang kaji pon tak sgt.. time amek result 2 aq dah agak dah mesti pointer aq jatuhnye tp x sangka jatuh teruk.. dapat je result aq x tengok pointer pon. aq check gred CSC aq dulu, sebab klaz CSC aq penah xdtg.. pastu baru tengok pointer..seb bek pointer sem 2 ok, xde la kacau CGPA sgt.. time 2 aq terus tekad sem depan nak blajar betul2.. rasanye sem lepas aq xponteng mane2 klaz kot.. nota pon wat lagi cket2..soalan lepas pon dah siap photostat.. mne yang aq boleh buat aq buat sebab x nak menyesal lagi.. law sem 4 nie pointer xberapa bagus jugak aq redha sebab aq dah berusaha.. belum rezeki lagi agaknye.. haa lagi satu nak share, aq ada bace satu nie la.. kalau kita xdapat lagi sesuatu yang kita nak 2, kita jangan cakap xde rezeki.. tapi cakap belum ada rezeki.. bila kita cakap xde rezeki 2 macam kita mendoakan kita xde rezeki tu.. so law org tanya bila nak dapat ******, kita jawab la belum ada rezeki.. insyallah akan ada rezeki tu nanti...

Monday, 6 June 2011

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…
*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan
reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru
Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali

Thursday, 2 June 2011

Sekadar renungan....


1. Jika kamu memancing ikan....setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu
lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh
kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia
masih hidup!

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada
seseorang...setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga
hatinya....janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu
sahaja....kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan  mungkin
tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....moralnya:jangan terlalu mudah memberikan pengharapan pada orang lain lain sedangkan kamu sendiri tidak yakin mampu memenuhinya..sesungguhnya pengharapan sebenar dan persandaran makhluk hanya pada Tuhannya..




2. Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada
takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar
keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula... .akhirnya ia dibuang! sedangkan jika kamu cuba
membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya.... Janganlah
kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa....kerana dia hanyalah manusia biasa hamba ciptaan Allah. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirya kamu tinggalkan dia sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan bertambah baik....

HIKMAH DIAM


1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.


 BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYACERDIK,KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIKDARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.

MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKANKESALAHAN ORANG.

KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITUMENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalanyang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia Dari Abdullah bin 'AmrR.

Al-Fatihah



[1]  Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2]  Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.
[3]  Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]  Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
[5]  Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon   pertolongan.
[6]  Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7]  Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


seMBahyaNG

Aduhai Diri..Jagalah Solatmu Jangan Hanya Sipi-sipi...

Apasal laa, aku belum terfikir nak bentang sejadah,
Hidup senang rezeki datang melimpah,
Nak dirikan sembahyang, rakan baik setan suruh lengah-lengah (muahahaha dia ketawa berdekah-dekah),
Allah tarik nikmatku sampai nangis keluar air mata darah barulah padah.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Allah kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih baik daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam dan siang.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara aman damai tak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu aku tak boleh nak luang.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Allah kasi otak supaya aku tak bangang,
Allah kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Allah kasi nikmat kenapalah aku tak kenang,

Apasal laa aku malas sembahyang,
Tengok TV, main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert, bayar time shopping aku sanggup beratur panjang,
Ingat masuk syurga masuk neraka boleh main hutang-hutang?!!

Apasal laa aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi sihat entah petang nanti dah kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Seksa neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

Akhirul kalam..apa khabar iman hari ni??Ingatlah..Barangsiapa yg menolong agama Allah,maka Allah akan menolongnya dan meneguhkan kedudukannya..

renuNGAN

Pernah tak sahabat semua renungkan,... betapa kita tidak sanggup untuk
bangun malam buat solat sunat tapi, sanggup tak tidur malam untuk buat
assignment.....

Tahukah sahabat semua, Ibnu Sina, studynya disulami dengan zikir...
bila terasa buntu, segera bangkit dan solat 2 rakaat minta petunjuk dari
Allah.

Kita?
studynya di sulami dengan lagu-lagu lagha...
kononnya,lebih mudah untuk masuk keotak.
Bila buntu, terasa otak sudah tepu..
mulalah mencari hiburan atau paling kurang mengacau kawan.

Tapi, bila ditanya, pandai berkata-kata,
Jika belajar diniatkan kerana Allah, insyaAllah akan mendapat pahala.

Agak-agaknya, kerana Allah ke kita dengar lagu-lagu Metallica, Mariah Carey,
Siti Nurhaliza dan sebagainya?
Atau kita niatkan kerana Allah bila menatap majalah HAI!, Mangga, URTV
etc,..
Atau kerana Allah kah kita menonton Lord of The Ring, Lagi-lagi Senario,
one2ka4, dll?

Bila hati terasa gelap, sukar untuk menerima ilmu, mula bertanya sendiri...
Apa silap aku?
Sembahyang tak pernah sampai habis waktu.
Tak pernah aku berdating atau berkasih-kasihan
Tapi, sedar tak kawan-kawan bahawa maksiat itu luas pengertiannya?

Mencuaikan solat adalah maksiat pada Allah.
Melihat orang lain membuat maksiat juga adalah maksiat.
Apatah lagi bila melihat aurat orang lain,... (majalah hiburan)

macam mana lah hati tak gelap...
Nak terima ilmu dunia pun terasa payah apatah lagi bila sentuh tentang
akhirat. Ingatlah kawan-kawan,.... matlamat kita bukan sekadar untuk menjadi
engineer tapi juga hamba Allah yang dipandangNya di akhirat nanti.

Siapakah yang akan membantu kita di padang masyar nanti?
Nak mintak syafaat para artis ke?
Aku risau, takut-takut Rasulullah tak pandang lansung kat kita.
Nak kenal ikut tanda sujud pun, sujud tak pernah lama.
setakat cecah dahi kat sejadah lebih kurang satu saat.
kalau ikut bekas wudhu' pulak, wudhu' tak pernah sempurna.
Jadi, kalau Rasulullah tak kenal, macam mana dia nak mengaku yang kita ni
ummatnya?

Apalah agaknya nasib kita yang bergelumang dosa ni di hari hisab nanti?
Takutnya bila aku fikirkan... Terasa Nak
beribadat sahaja tapi, pesan Rasulullah, kita kena kejar dunia dan akhirat.
Dengan ilmu kita boleh menguasai ekonomi yg di terajui kuffar. Dengan ilmu
kita boleh menerajui pimpinan negara. Kalau tanpa ilmu, kita akan dipandang
hina dan tidak berguna.

Tapi, kalau kita masih begini, agak-agaknya siapa yang rugi?