Tuesday 31 May 2011

alHamDULiLLah BloG kU sudAH OKeyy

        alhamdulillah.. mggu lepas bengang betol aq blog nie x blh bukak.. br sebulan aq buat blog da xbley pki.. terjadinye masalah ni macam nie.. hr 2 aq suh adik aq buat kan pape tok blog aq.. dia buat cket je pastu suh aq buat sndr.. aq mne pandai bab2 mcm nie.. aq men tekan je sume.. dah malaz nk buat lagi aq trus tutup je laptop.. n then tah ape tah yg berlaku esok 2 blog x bley nk sign in lak.. dah puas aq godek still lg mcm nie.. terima kasih la pada KAK ZATI. banyak yang dia tolong..suh aq tekan nie la, check nie la, macam2 la dia 2..hahaha.. last nye aq bagi je password kat dia.. bia dia buat kan.. tak th la dia buat ape, taw2 je smlm aq try dah boleh lak on blog nie..syukur..hehe.. mekaceh juga pada FIQ BELOMOIH.. kesian betol dia kat aq sampai sanggup bagi aq guna blog dia...siap nk bg tukar name, email pe sume.. xnak la..hakhakhakhak... blog dia mmg dah mcm harta aq pon..huhuu.. selamat blog aq.. xyah buat baru....

30 larangan Untuk wanita


 
1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi

JGN KERANA ….


jangan cinta kerana dia lelaki..
kelak kita akan membenci..
jika dia bukan lelaki yang dicari..
hanya pandai menabur janji..

jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis tipu belaka..

jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa..

jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji..

jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..

jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
jika rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu..

jangan dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman..
jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..

wahai sahabat wahai teman..
carilah dia kerana tuhan..
untuk menambah ceteknya iman..
bekalan diri hidup berteman..

wahai sahabat wahai teman..
cintailah dia kerana beriman..
dijadikan tuhan sebagai pasangan..
baik buruk ketentuan tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
terimalah dia penuh keihlasan..
andai buruk anggaplah dugaan..
andai baik pujilah tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
ingatlah akan janji tuhan..
isteri yang baik besar balasan..

Monday 23 May 2011

CUTI, CUTI, CUTI

Minggu lepas aku dan keluarga pergi bercuti ke utara.. tujuan pergi sebab nak amek abang aku yang dah habis stdy..sambil 2 jalan2 la skali..pergi dengan sedara dan nenek aku..semua skali nek 1 kereta..bergerak dari rumah pada pukul 11.. sampai dalam pukul 5..cepat jugak 2 dah la banyak kali berhenti.. sampai je di kedah, kitorg terus pergi kulim amek abang dan pergi ke homestay kulim utama..















Rumah ini cantik..rumah semi-D. duk rumah tu sekejap je. Pas magrib ktorg keluar p jalan2 kat peneng.. mula2 g Seagate. Makan kat situ.. lepas tu jalan2 g taman kota lama..  ktorg duduk kat tengah2 padang tu main lampu2 dan amek gambar.. nenek dengan ibu pulak pergi pusing2 taman kota lama nek beca..









Esoknya pulak ktorg bergerak  menuju ke alor star..jauhnya jalan lak pusing2.. mula2 igt nak terus pergi kerumah pakcik di alor star tapi dia ada hal plak.. so kami pergi jitra.. sampai kat jitra kami makan2 dulu dan cari homestay.. homestay ni memang cantik.. rumah besar ada laman lagi.. macam kawasan perkampungan.. dalam rumah pon cantk.. semua kelengkapan ada.. dah selesai bersembahyang kami keluar pergi bukit kayu hitam..hari hujan plak.. ktorg sampai kat sempadan Thailand tapi tak boleh masuk lak sebab takde boundary pass..pastu keluar balik pergi komplek.. hmm xde la shopping sgt pon.. barang branded..balik tu trus pergi homestay.. malam tak pergi mana2 pon..

Hari isnin kuar pagi2 nak pergi padang besar..tapi kereta problem lak..tunggu kereta kena repair dah setengah jam.. dah siap kereta perjalanan pon diteruskan.. cantik sangat kat perlis..ada sawah, lading tebu.. semua kehijauan je.. dorg ni sempat benti untuk amek gambar.. tapi aku tak join sebab melayan sakit perut nie..grrrrrr… sampai di padang besar kami makan dulu..pastu baru shopping2.. balik 2 dalam pukul 4..














sampai rumah kami terus berkemas dan pergi alor star.. makan2 dan borak2 dekat rumah pakcik.. malam tu tidur kat homestay di alor star plak..























Pagi hari selasa kami kuar awl untuk bersarapan di pekan rabu.. xbanyak kedai pon.. habis di situ kami terus pergi ke penang balik.. jalan2 kat mana tah name tempat 2..macam barzar.. ada pertunjukan ular lagi..suke nenek tengok..pas jalan2 kat situ kami pon menuju balik ke Melaka..sampai di Melaka pada pukul 8.. Alhamdulillah selamat pergi dan pulang…




Saturday 21 May 2011

semalam masa tengok tv kat bawah 2 ada laporkan pasal tragedi tanah runtuh di ulu langat selangor..kesiannye..tanah runtuh tu plak kena kat rumah anak-anak yatim yang belajar kat madrasah al- taqwa..kesian sangat..mula2 ramai yang tak jumpa lagi..ada yang dah meninggal, ada yang cedera dan yang paling ramai tertimbus..malam tu tgk berita dan baca kat internet lak..pagi tadi tgk lagi kat internet.. alhamdulillah semua dah jumpa tapi ramai yang dah meninggal..teruk betul tengok gambar2 tragedi 2..ada yang kena hempap, terkepit la..semua budak2 lagi..yang tua pon maybe pengajar kot.. kesian dorang ni dah la anak yatim..belajar agama lagi..pastu aku teringat tanda - tanda kiamat ialah meninggalnya orang2 yang beriman..dari awal tahun lagi aku dah perasan.. ramai orang2 terdekat aku meninggal..semuanye baik2..ustazah aku,pakcik dan ramai lagi lah..ada lagi tanda-tanda kiamat. aku tengok macam dah dekat je.. dlu stunami kat jepun 2 pon jadi masa hari jumaat.. dah banyak tanda..skunk pon orang men sumpah2 je mana2.. orang senang je cakap.."pe susah law mati tanam jela".. memang lah..kalau mati 2 comfirm2 masuk syurga takpe gak..cakap pakai hembus je..aku teman makcik aku g tempah batu nisan tok laki dia..mak oi batu nisan pon sampai seribu lebih.. baru2 ni aku ada tengok cerita pasal orang mati susah nak dikebumikan sebab banyak buat dosa..tak tahu pe motif sebenarnya dia buat cerita 2..macam ada satu cerita nie.. aku xde la tgk sgt, tgk cket2 je plus member aku cerita skali. cerita dia punye la truk.pasal orang berzina, tukar jantina, seksi2 tunjuk real je..pastu tunjuk sal dia mati susah nak dikebumikan..yang part 2 bape minit n bape babak je kot..yang dia nye kesalahan berzina,minum arak,pergi disko sume 2 bkn men lame lagi..2 la ustaz aku dulu pena cakap matlamat ngan kaedah tak berpatutan.. matlamat dia nak orang sedar yang orang yang berzina nie nanti nak mati seksa.. tapi kaedah dia x betul..dia punya kesalahan 2 lagi macam mengajar ada la..macam orang merempit..tunjuk orang tu merempit macam nak mengajar orang lain merempit skali..dia nya pembalasan mati xcident 5 minit je..tah pape je cite dia..sume same..

Thursday 12 May 2011

MALU... MALUNYA... TERAMATLAH MALUNYA!


Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya
Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas sosialnya
Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu

Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai
Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL
Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.

Aduhai, setiap lelaki juga dikurnakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri dan MENJAGA AURAT
Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas sosial pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena INGAT!
Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya. JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA. Selalu mengingatkan dengan
kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !"

Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR
Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt
Kerana telah hilangnya MALU itu si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!

Sabda Rasullullah saw, SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN.

Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri dengan meletakkan MALU itu bukan ditempatnya.

MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar akan suruhannya
MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw kerana meninggalkan sunahnya

4 PERKARA SEBELUM TIDUR





Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu : 


1. Sebelum khatam Al Qur'an
 2. Sebelum membuat aku memberimu syafaat untukmu di hari akhirat nanti
 3. Sebelum para muslim meredhai kamu, 
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah




"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?" 


Rasulullah tersenyum dan bersabda : "Sebelum engkau hendak tidur bacalah: Al Ikhlas tiga kali. Amalan ini adalah seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. 


Membacalah sholawat untukKu, maka aku akan memberi syafaat untukmu dihari akhirat kelak. 


Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu. "Astaghfirullahalazim li wali waa lidaiya wali jami il muslimina wal muslimat wal mukminina wal mukminat al ahya immin hum wal amwat " Ampunilah aku ya Allah yang maha besar, kedua ibubapaku, semua muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati." 


Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah" 


Kalau larat amalkan sekurang-kurangnya tiga kali. Selepas itu bacalah bismillahirahmanirahim sebanyak 21 kali. Seterusnya bacalah doa sebelum tidur. 


Adapun amalan rasulullah sebelum tidur itu membaca surah sajadah dan Al Mulk sebelum tidur. Mengamalkan membaca suratul Mulk sebelum tidur akan membuat kubur kita, tempat semadi sementara menunggu akhirat, suatu tempat yang sejahtera dan terang-benderang. 


Sebagai suatu perlindungan eloklah kita amalkan membaca Ayatul Kursi dan 4 Qul semoga kita di jauhi dari gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur. 

ISTIMEWANYA WANITA


1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda :Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca ;Alhamdulillahi'alaa Kulli;Halin Wa Astaghfirullah .Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa. ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku ( Rasulullah s.a.w. ) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.
 
10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan
meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

15. Aisyah r.ha. berkata 'Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ? Jawab baginda,Suaminya ;Siapa pula berhak terhadap lelaki ?; Jawab Rasulullah, Ibunya.

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

Pesanan Luqman kepada anaknya

 Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-

a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t. maka jagalah baik-baik fikiran mu.

b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandanganmu.

c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu.

d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangaimu.

e. Ingat kepada Allah s.w.t.

f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.

g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.

h. Ingat kepada mati.

Monday 9 May 2011

SpeCiaL FoR BirthDay BoY

happY birTHDay FIQ

HAPPY BIRTHDAY TO YOU..
HAPPY BIRTHDAY TO YOU..
HAPPY BIRTHDAY TO SYAFIQ..
HAPPY BIRTHDAY TO YOU..

            hari ini merupakan hari lahir teman terbaek ku, mohamad syafiq yang ke 20 tahun.. tua juga dia akhirnya..aku nie je yang masih belasan tahun..hohoho.. syafiq nie ada banyak name dia yang aku suke.. giant, belomoih, gomok dan macam- macam lagi la.. tapi dia suke aku panggil dia fiq je.. ok takpe aku pon suke name fiq tu.. aku ngan fiq study di tempat yang sama tapi dalam bidang yang lain- lain.. mesti pelik kan camne ktorg blh kenal..


        ktorg kenal melalui FB.. masa dulu2 aku slalu on9 ptg isnin.. dia pon on9 juga.. asal aku on9 je dia mesti ada chat.. mula tu malaz nak layan gak.. tah sape2 la aku tak kenal pon.. chatting punya chatting rupenye ktorg masuk kelab koku yang sama.. aku prg koku hari rabu je.. mggu depan tu aku pergi  koku dia pon ada.. tapi aku tak kenal.. housemate aku la bgth "budak tu la yang chat ngan kau kat fb 2"..hahhaha.. baru aku tau.. kat fb muka tak nampak sangat.. aku wat dek je.. habis je koku aku ngan housemate aku tu prg minum kat cafe.. budak koku yang lain pon ada termasuk la fiq.. baru je aku duduk dia datang kat meja aku n tetiba mintak no phone.. mak oi terkejut aku.. woi borak2 la dlu.. aku  dah tak tahu nak watpe.. aku senyum2 je.. dia pon tah berapa kali tah explain.. pastu suh housemate aku lak terangkan.. yang housemate nie pon explainkan ajer.. aku faham ler... tgh pk nak bagi ke tak.. law tak nak bagi tak tahu nak cakap camne..dia dah la ada kat depan nie. tak kenal lak tu.. law nak bagi camne plak.. si bijak ni bukan nak bagi pen.. kang aku sebut dia suh ulang lak.. last nya aku suh dia minta kat member aku je..


          wahahahaha aku rase dah malu yang teramat sangat.. muka macam dah nak merah.. yang housemate ni plak dok kacau2 aku.. aku dah pikir nak balik je time tu.. nyesal lak prg cafe.. kat umah pon ada air.. dari situ lah perkenalan aku ngan fiq.. makin lama rasa macam makin rapat.. selalu SMS dan kekadang bergayut.. Masa first time dia call aku tah bape kali la dia ulang cakap dia.. aku serius tak faham bahasa utara dia..pekat sangat, dah tu cakap lak laju.. aku ye kan je.. hahaha.. kelakarnye bila ingat masa dulu- dulu.. ni la kenangan yang akan aku ingat bila ktorg dah berjauhan nanti.. yela dah sorang selatan sorang utara..hehehe.. tak pela, tak semestinya kita akan memiliki apa yang kita nak.. tapi bersyukurlah dengan apa yang pernah kita miliki.. and then, ntah macamana orang lain pon dah taw sal hubungan rapat ktorg.. law aku cakap aku kawan je ngan dia yang lain mesti wat senyum2 manje.. sukati korang la..


          masa birthday aku dulu dia hadiahkan kotak musik yang berpusing2 dengan ada gambar ikan.. aku tak tahu nak bagi dia hadiah ape.. law dia bagitahu kan senang.. aku tinggal nak cari je.. huhu senang punye keje.. harap2 dia mendapat ape yang dia impikan selama ini.. berjaya di dunia dan di akhirat.. dipermudahkan segala urusan.. mendapat pasangan yang baik di sisinya.. mendapat pointer yang tinggi sem ini dan sem akan datang.. dan apabila sudah tiba waktu untuk dia kembali, dia ditempatkan bersama orang2 yang beriman..
selamat hari lahir fiq.. semoga perkenalan ini kekal selamanya..
hidup baik2..

Saturday 7 May 2011

pErLu tAHu

Lelaki perlu tahu yang perempuan:
  1. Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Bukan bermaksud cerewet tak tentu hala, kadang kala wanita ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan dendam.
  4. Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Wanita amat tabah.
  6. Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam kerana wanita itu prihatin.
  7. Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga sesama kaum.
  8. Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.
Peranan lelaki dalam kehidupan wanita adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. Wanita diciptakan oleh Allah SWT dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami hati dan perasaan wanita.




Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:
  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap, ”Emm. tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.
  13. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya kawan.
  15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  16. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.
  17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.

SELAMAT HARI IBU....

         hari ini merupakan hari yang paling bermakna untuk semua ibu - ibu.. pada hari ini jasa ibu akan dikenang.. seluruh negara menyambut hari ibu.. walaupun hari ibu ini bukanlah budaya kita tapi ada kebaikannya... ini kerana pada hari ibu anak-anak akan meraikan dan menghargai ibu mereka.. bukan seperti hari kekasih dimana para kekasih melakukan perbuatan tidak senonoh untuk membuktikan cinta mereka.. setiap insan yang dilahirkan mempunyai ibu.. kerana ibulah adanya kita pada hari..
        aku juga mempunyai ibu..ibu ku bernama Aspalila, berusia awal 40 an.. masih muda.. ibuku seorang yang tinggi, kurus dan cantik sekali.( law dia dgr nie suke la.) dalam usia ku yang mencecah usia remaja, pasti banyak jasa yang telah ibu berikan.. tak dapat ku hitung dan balas semuanya.. ibu sangat mengambil berat perihal pelajaran anak-anaknya.. semasa kecil dahulu kalau kami adik beradik mendapat keputusan yang corot atau membuat kesalahan pasti akan dirotan.. sesiapa yang pernah melihat ibuku pasti tidak percaya.. ini kerana ibuku seorang yang pemalu, pendiam dan nampak lembut.. kalau dibandingkan dengan ayah, ibu lebih garang benanye.. kalau dulu kami adik beradik paling takut nak tunjuk result kat ibu.. tak boleh dapat teruk atau menurun.. memang kena sebat lah jawabnya.. buat salah sikit pon kena rotan.. dulu aku bengang juga law kena rotan, tapi dah besar aku faham.. pernah masa tu aku duduk kat meja belajar..aku tak tahu nak belajar ape.. then aku pikir nape aku duduk kat sini.. baru aku sedar dari kecil lagi ibu da ajar kami.. malam2 tak boleh tengok tv.. kena study.. sampaikan dah terbiasa.. masa aku dapat result, ibu ngan ayah berebut- rebut nak jadi orang pertama tengok.. ni harapan dia nak anak dia berjaya.. bila tengok kawan-kawan yang lain tak minat belajar, aku rasa bersyukur sebab aku kena rotan.. kekadang aku pelik tengok perangai sesetengah mak nie.. anak tak nak pergi sekolah sebab malas dia biar kan je..alasannya dah anak tak nak belajar tak kan nak paksa.. huh law mak aku jangan harap.. dia seret juga anak dia pergi sekolah..

        kalau buat salah pon kena rotan juga.. dari hanger, tali pinggang, rotan dan macam2 la sume aku dah rasa..hahhaha.. takde la nakal sangat pon.. kan orang cakap sayangkan anak tangan-tangankan.. sampai sekarang masih ada lagi tanda parut kat jari hantu aku..kesan kena tali pinggang (yang kepala besi 2) aku dah lupa aku wat salah pe masa tu.. tapi kena rotan sampai umur bape je..dah start sek tak kena dah..  tapi sekarang nie aku tgk ibu macam dah malaz je nak pukul adik- adik aku.. da penat agaknye... tak fair la..
tiap kali aku call ibu, di akhir panggilan mesti aku nak tergelak-gelak.. ibu syik bagi nasihat yang sama jer.. sampai aku boleh hafal.. "law ada pape bagitau, baca doa banyak2, baca ayah kursi, jage diri baik2 dan macam2 lagi.. dan aku pon menurut lah perintah dia.. housemate aku pon dah taw sangat dah..law sebelum tidur dia panggil, aku tak nyahut maknanye aku tengah berdoa lah 2. 5 minit nanti dia panggil balik.. hahaha..law nak turun tangga nak keluar pon aku baca.. sampaikan kawan aku yang selalu sama2 pergi kelas pernah tanya "kau ni mulut kumat- kamit cakap ape." hahahaha.. aku baca doa lah..mak aku suruh..hohoho..tapi tu sume dah lama..kekadang law dah ngantuk sangat aku bismillah je.. law turun tangga pon skunk beborak je lebih..hehehehehe..
         huh banyak sangatlah law nak cite semua.. dan memang tak kan dapat nak crite pon..hari nie belum plan lagi nak sambut hari ibu macamana..aku belikan rantai silver berloket huruf A sebagai hadiah hari ibu.. ini je yang mampu.. terima kasih pada ibu atas segala doa yang tiada henti dan kasihnya yang tidak berbelah bagi.. I love my ibu...

iF You NOt tHE onE

f you're not the one, then why does my soul feel glad today?
If you're not the one, then why does my hand fit yours this way?
If you are not mine, then why does your heart return my call?
If you you are not mine, would I have the strength to stand at all?

I never know what the future brings
But I know you're here with me now
We'll make it through and I hope
You are the one I share my life with

I don't wanna run away but I can't take it, I don't understand
If I'm not made for you, then why does my heart tell me that I am?
Is there anyway that I can stay in your arms?

If I don't need you, then why am I crying on my bed?
If I don't need you, then why does your name resound in my head?
If you're not for me, then why does this distance name my life?
If you're not for me, then why do I dream of you as my wife?

I don't know why you're so far away
But I know that this much is true
We'll make it through and I hope
You are the one I share my life with

And I wish that you could be the one I die with
And I pray that you're the one I build my home with
I hope I love you all my life

I don't wanna run away but I can't take it, I don't understand
If I'm not made for you, then why does my heart tell me that I am?
Is there anyway that I can stay in your arms?

'Cause I miss your body and soul so strong
That it takes my breath away
And I breath you into my heart
And I pray for the strength to stand today

'Cause I love you whether it's wrong or right
And though I can't be with you tonight
And though my heart is by your side

I don't wanna run away but I can't take it, I don't understand
If I'm not made for you, then why does my heart tell me that I am?
Is there anyway that I can stay in your arms?