Thursday 2 June 2011

Sekadar renungan....


1. Jika kamu memancing ikan....setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu
lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh
kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia
masih hidup!

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada
seseorang...setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga
hatinya....janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu
sahaja....kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan  mungkin
tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....moralnya:jangan terlalu mudah memberikan pengharapan pada orang lain lain sedangkan kamu sendiri tidak yakin mampu memenuhinya..sesungguhnya pengharapan sebenar dan persandaran makhluk hanya pada Tuhannya..




2. Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada
takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar
keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula... .akhirnya ia dibuang! sedangkan jika kamu cuba
membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya.... Janganlah
kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa....kerana dia hanyalah manusia biasa hamba ciptaan Allah. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirya kamu tinggalkan dia sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan bertambah baik....

No comments:

Post a Comment