Thursday 2 June 2011

Al-Fatihah



[1]  Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2]  Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.
[3]  Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]  Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
[5]  Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon   pertolongan.
[6]  Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7]  Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


No comments:

Post a Comment